Tuesday, 12 November 2013

BUDGET 2014



wow! 2013 bakal menutup tirai dan 2014 bakal menjelang tiba. dah tentu kawan2 di luar sana yang masih belajar tu tak sabar-sabar nak MEMANFAATKAN baucer buku kan? ihikihikihik :) apa-apa pun ucap syukur Alhamdullilah kerana kita sama-sama diberikan rezeki ini.
OK! Baiklah..di sini Sha ingin berkongsi dengan uolls semua mengenai Belanjawan 2014 yang bakal memberi kebaikan kepada pelajar. Tak kira la..sekolah ke, IPT ke, IPTA ke, janji student kan? hihihi 
Lets Go BeBe
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bajet 2014 digubal untuk memastikan pertumbuhan ekonomi terus berkembang kukuh dan mengurangkan defisit fiskal Negara, dengan matlamat keseluruhannya Memakmur Malaysia dan mensejahtera Rakyat. Bagi memenuhi maksud ini, Bajet 2014 dirangka bertemakan “MEMPERTEGUH KETAHANAN EKONOMI, MEMPERKASA TRANSFORMASI DAN MELAKSANA JANJI”.
                                                                       ---------
BANTUAN PERSEKOLAHAN
Datuk Seri Najib telah mengumumkan bantuan persekolahan kepada sekolah rendah dan menengah sebanyak RM100 akan diteruskan seperti biasa. Sebanyak RM540 Juta telah disediakan untuk dimanfaatkan oleh kira-kira 5.4 juta pelajar Malaysia.  Lagi, Datuk Seri Najib telah dimaklumkan bahawa terdapat ibu bapa yang secara sukarela telah menyumbangkan kembali bantuan tersebut kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Kerajaan amat menghargai dan menyanjung tinggi nilai murni tersebut.
                                                                          ----------
BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA
Budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia secara umumnya perlu ditingkatkan. Jadikanlah buku teman setia, penyuluh di kala gelap, penyegar minda sepanjang hayat.  Datuk Seri Najib mengumumkan kerajaan akan meneruskan program Baucar Buku 1 Malaysia dengan nilai sebanyak RM250 kepada setiap pelajar pra-universiti dan IPT untuk mengurangkan kos pembelian buku dan bahan pengajian. Langkah ini dijangka dapat memberi kemanfaatan kepada seramai 1.3 juta pelajar dengan peruntukkan sebanyak RM325 juta.  
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------
baiklah...kawan-kawan...harap maklumat Belanjawan 2014 ini dapat membantu anda dalam mengurangkan beban membelanjakan bahan ilmiah ye...Bahan Ilmiah je taw...jangan pulak pi beli novel cintan-cintun ke komik ke lebih-lebih lagi majalah gosip ye uolls! hehehe tq semua kerana sudi membaca entry Sha kali ni. Bye!

No comments:

Post a Comment